Friday 2 March 2018

Cerita kosong.

Gemoning

Sambil type sambil tgu masak lomak podeh nesmilan den gologak kek dapo yumsss!

Musim viral, musim media sosial berluasa. Namun aku tetap terus digelombangi perasaan takut hendak komen atau kasi love pada semua orang, bahkan nk hapdete dokek pasbook pon dah raso maleh tahap chipan. Bukan apa kang takut tersalah komen ada yang menangis tepi pago kang.

Bab komen komen tu lagi la, aku tak suka komen yang membolehkan orang sentap dengan aku tak suka komen memboleh kan maruah orang lain tercalar and its me not makcik bawang, nenek bawang or tok wan bawang. Cuba kau fikirkan jika kau komen post or gambar orang yang boleh jatuhkan orang?? Apa yang kau dapat apa yang kau manfaatkan?? Pada aku buat malu saja semestinya pada yang  membaca silap-silap org stalker kau punya wall. Hehee...forsurelah org pandang kau serong atau org lebel kau seorang yang negetif think. Ohmy tak malu kah buka bekung sendri?? Dan semestinya org akan cop kau si makcik atok nenek tokwan bawang besar bawang merah. Dan lagi aku tak gemar  stalker picture sisapa jer, memang tak suka tahap babun. Bahkan nk hupdate pasal merapumeraben kene byk fikir-fikir dan fikir sblm post sesuatu.

Lagi pn sejak pertambahan usia ni aku rasa benda-benda cam tu terlalu budak untuk dipratontonkn umum cukupla hanya Insta, status wasap dan blog tak seberapa ni yang memerlukan aku berfikir dahulu sebelum aku post whatever di media sosial, Dah matured aku rasa diri ni kahkahkah. Yela facebook create sebelum aku kawen lagi 2007-2018 hampir sebelas tahun pun, tiga kali detective (Btl ke perkataan ni??) haha.. Dan tiga kali active balik. Dan banyak frendlist aku unfollow sebabnya 24jam hupdate yang merabu merabens Jemu!  Pada akula mmg betui tu akaun kau, kau punya facebook tapi, tiap saat ko dok post pasal anak, pasal orang itu orang ini, pasal suami, pasal hal yang meloyakan why not aku unfollow kau, aku bukan unfrend terus, hahah jahat.

Ada ketikanya ingin tenang-tenang tetiba Haaa selintas lalu post kau yang merabu merabens tu haii tidakkah aku bertambah stress?? Bertambah serabut??. Postlah kau pergi pasar beli ikan ke, pergi honeymoon ke, makan kt KLtower ke hehe..aku yang menonton ni sejuk mata tengoknyer . Bahana media sosial juga  Asal issue gempak penari tiang semua newsfit pasal tu hohoho dah bermusim pula, dan-dan situ semua nk jadi pensyarah, pendebat segala yang berbakat bagi pendapat belaka hahaa..

Itula kekdahnya ada teknologi salah guna, itula bahana media sosial baik dan buruk pro and contra. So fikir-fikirkan lah yang mana baik ikut-ikutlah yang mana buruk fikir-fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

Setiap orang ada pendapat dan penilaian masing-masing dan ini adalah pendapat aku sejujurnya. 

Sekian wasssalam.

Read More...

Wednesday 28 February 2018

Kawan or sahabat?

 Home ▼

.

7 Jenis Sahabat , Hanya 1 Sampai Ke Akhirat

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::

1. TA'ARUFFAN

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,

satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN

Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT :

"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,

mereka senang hati..."

(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi

tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN

Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,

saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana

Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan

persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti

firman Allah SWT : 

"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain

kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"

(Surah Az-Zukhruf :67).

Awak-awak yang mana satu??


Read More...
Tutup Lagu