Friday 19 August 2016

Apakah salah dan dosa mereka?

Assalamualaikum

Berikut entry khas untuk kanak-kanak yang hilang dan dibunuh dengan kejam.



Kuala Lumpur: Mayat Noor Amila Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos), dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan kepala terpisah dari badan dalam semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini, antara beberapa kes kanak-kanak hilang sejak 1996.
Antara mereka yang lain ialah:
Ting Song Seng, 9. - Hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang, untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996 dan dia masih gagal ditemui sehingga sekarang.
Nurin Jazlin Jazimin, 8. - Hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
Sharlinie Mohd Nashar, 5. - Hilang pada 9 Januari 2008 ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.
Muhamad Asmawi Jalaludin, 11. - Hilang pada 9 Mac 2008 ketika pulang dari taman permainan berdekatan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Dia belum ditemui hingga kini.

Sumber Metro. Al-fatihah.
Khamis, 18 Ogos 2016 @ 11:10 PM

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5. - Hilang pada 1 Mac 2012 dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu, ketika keluar ke kedai pada 10.30 pagi. Mayatnya ditemui pada 8 Mac, rentung dalam lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan. - Diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada 8 November 2013 dan dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh pemandu lori dan pemandu teksi kira-kira 12.55 tengah hari.
Mohd Shariqal Sidek, 3. - Hilang pada 21 November 2014 ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Dia ditemui mati, dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John, dua hari kemudian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Read More...

Wednesday 17 August 2016

Kerjaan Suri Rumah.

Assalamualaikum.



Apakhabar semua, Salam Bahagia.


Seronok bila difikirkan kerjaan suri rumah hanya tidur, makan, update status IG mahupun FB godek hanfon dari pagi sampai  ke malam, makanan didepan mata, rumah dikemaskan, anak-anak ada yang hantar ambilkan, tidur petang bawak ke magrib sehinggakan cebok untuk budak usia 7bulan ada yang settlekan memang beruntung bukan?.

Setiap hari jam 6.00pagi, aku sudah  mula bangkit  mandi siapkan sarapan dan bento aQIL ke sekolah. Bab kejutkan siapakan aQilAryan aku serahkan pada suami sejujurnya dia yang pakar.


Jam 7.30pagi selesai sarapan, suami mula melangkah keluar rumah bersama aQilAryan bersalaman kiss pipi kiri kanan, lambai melambai.


Rutin harian pertama menyapu, mop dan kemas hujung sana hujung sini atas dan bawah. Selesai segala mencuci menggemas part berceloteh dengan Ayash mandikan bagi makan dan sebelum dia mengamuk hendak tidur aku harus siapkan kerja rumah yang masih lagi berbaki.


Tepat 11pagi. Apron aku sarung. Masuk bahagian masak-masak ni aku sudah mula an improvement. Ecekeli sejak kawen tak berapa pakar selain makanan yang aku suka, cara masakan Jawa minang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza berbanding cara masakan Kelantan. Bila sudah 4bulan pemegang jawatan suri aku belajar masak cara Jawa, Minang dan masakan Selangor ni dimana keturunan suami aku. Puas hati tersenyum bahagia bila penat lelah selama setengah hari melihat anak-anak dan suami makan bertambah serta memuji  hihihiii.
Amat jarang sekali aku membeli lauk siap masak dikedai, dapur aku tetap berasap walhal hanya telur dan nasi sahaja.


12tengah hari. aku sudah mula kemaskan diri bersiap-siap menggambil aQilAryan kt sekolah.
Jam 2.30petang selepas makan tengah hari hantar aQil sekolah agama.

Jam 3petang, solat mandi kemaskan dapur. Jika selesainya awal tidak juga daku tidur ada aja yang hendak ituini ketika sedang berehat. Aryash kurang tidur hendak besar main ja kerjanya, melayan karenah AryanAryash membuatkan mata aku tidak boleh hendak lelap. Bertuah benar kalo dapat lelap walau 5minit.



5petang. Aku bersiap-siap jemput aQil sekolah yang hanya sejangkal kera aja, dekat.
melepaskan anak-anak bermain diluar rumah selama 1jam tepat jam 7malam kerah aQilAryan mandi part ni suami aku yang mengambil alih sambil-sambil aku siapkan menu makan malam.

Selesai makan jam 8.30malam aku atau suami akan off Tv sesi  melayan karenah anak-anak sambil mengajar AQilAryan menyiapakan home work. Tepat jam 10malam kami semua bergelap dan mengambil tempat masing-masing dan get ready untuk tidur.

sekian, rutian harian aku selaku suri.
House Manager At Aifihome.
Entry sudah lama ditaip aku belum sempat hendak publish..




Read More...
Tutup Lagu