Wednesday 10 August 2016

8August, 8Tahun. Kejutan!.

Selamat pagi semua.


Lapan tahun bersama sidia yang dicintai. Hanya dia tempat aku luah perasaan, keluh, sedih gembira cerita pasal anak dan dia juga kawan gaduh aku, hehehehe.


Petang hari kejadian. Macam biasa jalanjalan bawak AryanAryash dan menemani sidia menyelesaikan berapa hal kaitan kerja. Aku lagi suka. Selepas hantar Aqil sekolah agama terus ke Bangsar dan ke Selayang COD kopi.

Dalam kereta;
Dia-----Mami minyak kereta habis..
aku---terkujat jap, korek-korek bag jumpa not oren.. nah isi semua jelas aku nada pelik.

Mungkin agaknya sendu sendan aja malam ni.
Hitung tarikh masih awal bulan, sidia blm cucuk atau malas ke ATM barangkali atau wang saku sudah berada dipenghujung??. Tak mengapa janji dia dah wish aku pagi tadi, Kiranya dia masih ingat tarikh istimewa walaupun hanya satu ucapan bersama satu kucupan dipipi.


Lepak depan TV, aku hulur satu kotak yang berisi photobook dan kad buatan sendiri. Dibelek bersama-sama dengan anak-anak, urmmp cantik-cantik-cantik.Kedengaran.
 Betul aku memang tak pernah framekan gambar anak-anak didalam sebuah album, dalam sejarah anak-anak tengok muka sendiri sewaktu bayi. Jakun.Persoal 'ini siapa. ini siapa'. hihihihiiii..

Aku tempah online. Lawati sesawang www.photobook.com nanti korang boleh pilih design yang ikut kesukaan dan bujed masing-masing.


Cantik dan puashati harga berbaloii.


Malam hari kejadian ' Jom siap-siap'
Kemana pulak ni jawab aku, sudahla tadi minta tolong aku isikan minyak kereta.
'nak pergi mana, tak payahla. Aku memang tidak mengharapkan apa-apa hanya hendak dia bila aku perlukan- Itu saja.

'Jomla siap' semua baju anak-anak sidia pakaikan berwarna sedondon. Kali ni aku lgi pelik dan sedikit nerves apakah hendak dibuatnya kali ni.

Mami mami kita nk pergi mana?? soal Aryan berada dalam perjalanan.
Hari ni hari kawen mami dgn dedi jelas sidia
Kawen?? kenapa tak pakai baju kawen?? balas Aryan.
malam tak payah pakai baju kawen. Jawabpan sidia buat aku bahakbahak gelak huahahaha


Masih lagi tiada jawapan sehingga kereta menuju ke Anjung Kuang.OHH makan malam istimewa terdetik dalam hatii aku. hehehehe, Habis!! siapa mau makan aku masakan tengah hari tadi erkk.... noted!! 

Suka betui buat kejutan dibelenggu tanda tanya gini adei!! tapi aku tetap suka rasa baru aje naik pelamin semalam, ngehngehngehngeh.
Snap-snap. makan-makan bertemankan lampu liplapliplap, Mantik.
Penuh satu meja makanan sampai yang telah diOrder, siap tapaw.








Terima Kasih kerna memilih aku sebagai permaisuri hati mu,
Terima Kasih kerna sentiasa berusaha menjaga hati aku,
Terima kasih kerna kamu ada bersama aku,
Terima Kasih kerna kamu membahagiakan keluarga ini,
Terima Kasih kamu bekerja kuat untuk keselesaan keluarga kita.

13Tahun aku mengenali mu, harapan aku agar ko setia bersamaku sehingga hujng nyawa. 
InsyaAllah. Aminn.




US, iloveyou sidia.


8Ogos juga genap 7bulan Aryash Daryan anak manja mami. 8Januari2016-8Ogos2016.


Budak suka ketawa, senyum, merangkak, capai makanan atas meja, ibu jari ke mulut sambil bernyanyi tanda lapar.

Happy 7month Sayang!


Sekian, Hari hari berjalan yang indah belaka..


Read More...
Tutup Lagu