Friday 24 June 2016

Anak-Anak

Assalamualaikum.

Sejak bergelar Suri Rumah atau House Manager ni masa aku bersama anak-anak adalah masa paling suka, paling mencuit hati, paling happy dalam hidup aku. Aku tidaklah hantu shopping tidaklah suka berlibur bersama kawan-kawan. Aku hanya dengan dunia aku. Dirumah hanya berkawan dengan anak-anak, layan anak-anak, buat apa yang aku suka, disamping membuat kerja rumah yang tidak ada penghujung, jemput anak ke sekolah dimana hantar ke sekolah suami aku.

Kadangkala hampir gugur juga jantung bila anak-anak berbaik, dan tentunya bergaduh. Ha bab bergaduh ni memang mencabar betul, nak bermula dari yang si sulung aQil. Daku seharian pening kepala melayan karenah yang ingin peratiannya.. Entah apa perangai dari mana terikut pun aku tak pasti tapi firasat aku mengatakan ianya memang ingin perhatian lebih dimana tika umurnya tak sampai 2tahun punyai adik (Ayan) disitu dia merasakan dirinya tersisih..Aku tau kadangkala banyak benda dikaitkan disini kenapa kenapa dia begitu..Tak mengapa selagi aku sabar, aku sabar dengan 'ke tidak dengar katanya', berguraunya kasar sehingga bermula episod drama air mata haiishh.. lagila aku berasap asap telinga..Aku sudah malas hendak melayan perasaan amarah, aku biarkan saja mereka dengan labu labu nya hahahaa... aku tengok dan perhatikan saja. malass benar namanyaa.. 

Biarkanlah zaman kanak-kanak aQil berlalu begitu, aku pasti ianya akan ingat sampai ke tua dan aku percaya ini hanya memori dia bersama adik beradik dan ianya tidakla berlarutan sehingga besar.



AQil.


Ketiga hero dalam keluarga. Yang banyak cakap, yang lembut, seorang yang penakut lipas, gelap dan paling kelakar hero yang banyak menggomel..Mak masak sedap, emak wangi, emak cantik, emak pandai buang sampah bermacam lagila dia puji. Ini baru dinamakan anak emak, hendak tidur bawah ketiak mak, semuala nak mak saja dan dia jugala selalu dibuli. Ketika dia dibuli aku macam serba salah hendak memihak pada siapa sebab adakalanya juga Ayan ni membuli secara senyap. Kalo dia mengusik,mengejek,Si sulong mula membuka silat cekak maka gelanggang WWF diadili oleh aku, jika berlakunya setiap jam/hari aku pun naik muak sesi ulangan tayang ni...so aku hanya jadi penonton tampa sorakkan hahahaaaa...


Tengok gambar ni macam dah besar sangat dah.

Hero keempat dalam keluarga Aifi. Baby baru 5bulan nyusu tiap jam, terror niarap tapi takut dalam walker hahaa rasanya cam fobia dek kene tolak dengan abang-abang terlebih sado.hahahaha..Sabar ye awak joint 'meng'lasak' nnti.

Aryash.

 Tengok, bila angin ribut tak bertiup.. sejuk nengoknya main keadaan aman.




Sekian Entry yang menunggu untuk sahur. Jangan la lelap karang tak terbangun, dahle karang meeting kat sekolah aqil..Tahan la mata, Jom MinKaffe secawan.



Mengapa Mineral Coffee@Min Kaffee

✔️Mengenyangkan
✔️Senang lawas
✔️Tanpa kolestrol
✔️Tanpa pengawet
✔️Memberi tenaga
✔️Milk booster
✔Tanpa Gula

Text/Whatsapp fiey 0122906206


 Assalamualaikum Salam Sahur.


Read More...

Thursday 23 June 2016

Info Mengenai Difteria

Assalamualaikum.

Kecoh, media sosial pasal Difteria. Aku membuat berapa research tentang penyakit ini yang menyerang kanak-kanak yang tidak diberi suntikan vaksin.

 mari kita kenali kembali apa itu difteria?

Apa itu difteria?
Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.

Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?
Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.

Apakah gejala-gejala difteria?
Perlu ditekankan di sini difteria boleh hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya, seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher. Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya, pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.

Kebarangkalian kematian?
Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.

Bagaimana ia boleh merebak?
Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.

Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?
Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Adakah ianya boleh dirawat?
Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.

Bolehkah difteria berulang? 
Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.

Apakah cara terbaik mencegah difteria?
Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?
Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?
Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.
Justeru itu, diharap artikel ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada semua, terutama berkenaan bahaya penyakit difteria dan pentingnya pencegahan jangkitan difteria melalui imunisasi. Mari beri sokongan pada program vaksin. Mari bersama-sama menjadikan difteria sebagai satu sejarah yang tidak boleh berulang lagi.


Pendapat aku selaku ibu kepada 3orang cahaya mata, Jika sayangkan anak ikut apa yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disitu kita boleh membuat sebarang rujukan masalah kesihatan anak-anak. Mengambil Vaksin secara percuma dan kidmat nasihat secara berkala, Mudahkan.So pada anti vaksin tu lebih baik mengambil langkah bijak untuk mencegah anak-anak dari sebarang penyakit.

Read More...
Tutup Lagu