Sunday 22 May 2016

Aku Masih Ada.

Assalamualaikum.


Pasti ada yang terkejut tiba tiba daku munculkan diri tika ni..Tak usahlah nak buat emoji terkejut tu, buat emoji senyum senyum gembira yea!


Fasa berpantang sudah pon selesai, Baby Aryash cik Mimot (panggilan suka-suka aku) dah 4bulan.. cepat masa berlalu masih lagi aku ingat tika aku di labor Room, tika menahan sakit yang amat, tika daku menangis diseluk secara kasar oleh nurse, tika ditolak masuk bilik bedah yang sejuk amat, tika ditoreh pisau dalam keadaan sedarkan diri. Now kesan parut itu bukti dan saksi segalanya nanti. Semoga Muhammad Aryash Daryan Bin Aidil Norhadi nama yang dipilih 100 peratus oleh aku yang membawa maksud Terpuji, Harta Berpengetahuan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang soleh, anak yang bijak pandai, Amin.



Setelah fasa berpantang daku lalui dengan jayanya Alhamdulillah. Masuk fasa kerjaya pula. Aku ini agak malas ingin cerita pasal benda yang berlalu walau hati ini rasa mcm perit hendak dikongsi. Tapi apakan daya aku hanya manusia yang banyak kekurangan punya perasaan, punya hati dan punya naluri yang kuat. Tidak mengapa satu hari nanti bila masa yang sesuai akan aku luahkan jua untuk ditatapakn disini..Kita layankan mimot dulu.
 



24Jam dilahirkan.



Umurnya satu hari pada 9Januari2016.


                   

22 Mei 2016, 4bulan.


NotaKaki
Terima Kasih pada keluarga terutamanya ma aku kerana banyak membantu,tak lupa pada orang yang banyak berkorban untuk aku. Suami aku dan kawan- kawan yang lain kerana banyak bagi tips serta tunjuk ajar nasihat panduan yang berguna, Alhamdullah masih diberi kekuatan sehingga kini. Syukur.








Read More...
Tutup Lagu