Wednesday 9 November 2016

Suka Dan Berduka.

Hi Assalamualaikum, Salam Bahagia selalu.


Berapa minit selepas kawan exsekerja aku post didinding IG, gambar menunjukan anaknya telah menerima tawaran ke PRA sekolah under Kerajaan. Lantas aku terus ke peti pos hati berdebar tatkala membuka satu sampul surat bernama Muhammad Aryan Daries Bin Aidil Norhadi. Meleleh air mata kegembiran setelah 4bulan aku tertanya-tanya dengan seribu persoalan bermain difikiran. Alhamdulillah rezeki bila Aryan terlipilih diantara 50orang pelajar 6tahun sesi 2017. Siapa tahu sudah namanya rezeki hanya berdoa sebagai senjata utama.

Pemilihan berdasarkan slip gaji membuatkan aku bertambah kurang berkeyakinan dan bertambah kurang berkeyakinan lagi pabila  PRA sekolah kawasan rumah aku ni ramai yang memohon peluangnya aku rasakan tipis dengan pengambilan pelajar hanya 50orang pelajar untuk 2class. Pada asalnya dari awal hati aku berbelah bagi bila tadika yang sekarang ini LittleCaliph menawarkan Aryan class PRA Tahfiz tahun hadapan berdasarkan Aryan salah satu pelajar yang boleh menghafal 15surah.

Zaman kegawatan ekonomi memang salah satu asbab untuk aku beralih arah PRA Sekolah under kerajaan dan salah satu alasan kukuh pengalaman AQil terdahulu. Ok meh aku cerita, dulu AQil sekolah Tadika yang sama LittleCaliph tadika Islamic memakan belanja yang agak mahal dan kini ternyata yuran lagi bertambah. System bacaan fonic yang membuatkan AQil agak keliru bila memasuki tahun satu, yang mana sekolah Kebangsaan kini menggunakan system mengeja mcm kita dulu tu, disitu dia dah lost sedangkan masa di LittleCaliph sudah lancar membaca. Semasa sesi pengenalan ibu bapa Tahun satu hari tu cikgu class AQil ada mengadu tentang pelajar yang membaca menggunakan system fonik mempunyai masalah bila memasuki tahun satu. Kini AQil dah boleh membaca lancar walau kadang-kadang dia agak keliru.

Aku membuat keputusan memilih PRA Sekolah under Kerajaan untuk Aryan mengikut saluran sekolah rendah nnti. Disana system pelajaran PRA sama macam tahun satu sekolah rendah walau pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Dan Salah satu sebabnya juga bila Aryan sudah pun mula menunjukan tanda-tanda awal kebosanan dan tidak mahu ke Tadika LittleClipah, mana tidaknya sudah 3abad sejak aku bekerja sehingga kini dia masih lagi kekal sekolah disitu.


Separuh hari sahaja aku gembira tanda bersyukur. Separuh hari lagi aku dibelenggu rasa sedih. hampa dan rasa bingung tak terkata. Bila sedang asyik aku membalas whatApps dari geng girl ILP2003 yang heiPening, baru saja ingin membalas massage dari biras aku baru saja menekan kata-kata manis Allahmadulillah, InsyaAllah tak menyempat hendak tekan menghantar phone aku yang 70% kehancuran tu ditarik Aryash yang berada dibawah meja senyap- senyap. Aku sangka ianya tidakla membawak kepada kehancuran, tapiiiiiiiiii langsung tak boleh On. Sedih.

Aku cucuk charge tak berlampu, aku bukak bateri, aku bukak skru cek bahagian dalam dan pasang masih sama, tak berfungsi.. OhMyy aku sedih betulla sungguh. Dandan aku mengamuk tak tentu pasal tidak tentu arah, bila aQilAryan mengambil cuti sekolah sendiri(buku teks dah pulang, aktiviti bebas disekolah) class tak ada.Buat pakatan sepahkan rumah, tgk Youtube diTv ambik pagi sampai ke malam, dengan Aryash cerriberry berapa kali, aku letih sedih, aku bosan!! Sidia?? jangan cerita seminggu ini baliknya jam 4,5 pagi.


Hati sunyi tak terkata,
Bila sunyi ingat sidia,
Cari cari handphone tak ada,
Nak bising nak membebel disini gamaknya.
Apalah nasib sipengurus rumah tangga,
Menangis dan bersuka tiada tara.


Hari ini harap aku kuat sepertimana hari-hari sebelumnya. OKBYE!

Tak sabau nak hujung bulan ni, nak balik kampung duk celah ketiak mak..









No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu