Tuesday 19 May 2015

Hadiah ke Lexis, dapat Gift From camron highlands.


Assalamualaikum.

       

Dalam sibuk orang hendak pergi bercuti sana sini sinun, aku sibuk hendak pergi jua bukan apa aku tidak dapat bagi apa-apa untuk MyHero(Endaddy). Aku tidak mampu belikan mainan mahal, aku tidak mampu membelikan spare part basikal mahal-mahal. Aku hanya dapat menghadiahkan satu  memori untuk mereka disayangi.


Aku rancang sebelum puasa hendak bawak MyHero ni relakskn minda di Cherating, Pahang. Pekena sotong celup tepong, ikan celup tepung (ict), ketam, keropok leko dan mcm-macam lg dalam kepala otak aku ni nak makan, maklumla budak nk besar msti kemahuan melebihi tangki (perot) hahaa.


Semalam bosan kt office. Cek-cek hotel di Cherating, rata-rata harga hotel boleh tahanla tpi tidak  mencapai "memikat dihati". Lalu dengan rasa 'ala tengok jelah dulu', godek la mcm org yang tak ada perasaan-  sebb tempat yang betul-betul dituju tidak memikat hati. Godek punya godek, terbaca la satu ni Lexis Rm330.00. Mcm menarik capai fon call EnDdy bgithu sekian sekian, dia ckp 'why not you book' rasanya harga dah ok'. Tengak keadaan hotel tu mewah jgk le walaupun tak ada pool dalam bilik , atleast ada feel ditengah laut kekekeke..'OK i book tapi bayaran kita share',  balas aku laju-laju hehee. Aku tengok harga sebenarnya hotel tu Rm880.00 satu malam, nak nak aku booking ni wekand day msti la mahal. Bagi aku la dah mahal tu klo Rm800.00, boleh lepas bayar rumah aku sebulan hihiii.


Insyaallah klo ada rezeki next month la kiranya.



Pagi tadi ada org hentak kt atas meja aku. Ingtkn hapa, Ingatkan ada orang tak puas hati nak marah aku ka, nak terkam aku ka, nak bersilat dgn aku ka? terkejut mak tengah makan nasi kerabu nasib tak tercekik taugeh hampir masam adeh!! 'Nahhhh ko punya, sbb ko la aku lambat punch card', haiya sbb aku kah?? bungkusan tu aku bukak. Dan ada ini 


Mug, dan sekotak teh. Air panas dgn gula tak bgi pulek hahaa :P


Terima Kasih. Budak office aku ni baru balik Camron Highlands maka aku suruh belikan ole ole haha. kejam tak aku?? kakaka. Blasahh dia byak duit, kasi sapu bersih la bro!! haha.




Read More...

Bahagianya Jadi mak.


Assalamualaikum.


Ku tinggalkan zaman remaja yang penuh indah, penuh dengan keriangan, dengan nikmat dunia remaja hanya sekali. Tapi awas jangan silap langkah terjebak dengan gejala tidak bermoral. Zaman remaja aku tidak la sebebas mana pon hanya keluar bersama kawan-kawan, bermotorsikal pusing kawasan kampung dengan kawan. Dating?? itu kadang-kadang sebab aku selalu diperhatikan oleh mata-mata selaku kawan abg aku dan akan direport. Balik rumah harus bertubi-tubi aku dimarah, jgn harap nk bebas seperti burung baru dilepaskan keluar sangkar.


Melangkahnya ke gerbang perkahwinan. Nikmat menjadi seorang mommy amat aku rasakan berat. Hendak bahagikan masa kerjaya, mommy, isteri. Selaku chef, driver, launder, neat house. Tak apa ini pahala berganda jika bukan satu rugutan. Insya-Allah. Akan tetapi pabila datangnya keletihan berganda aku jadi lost, hilang tidak dapat berfikir apa yang aku ceritakan tadi secara waras. Oh maka mangsa aku adalah suami aku, Mangsa untuk melepaskan tekanan. Maaflah aku tidak tahu mana hendak lepaskan lelahan yang terkumpul itu, lalu kemarahan terkeluar dari mulut sindiri. Banyaknya dosa aku pada suami aku, urmm Maafkankan darling yea sayang.


Memang lagi rasa bahagia bila si suami menghargai si isteri, naknak si isteri yang manja yang hati lembut, sensitif mcm aku ni.Trima kasih darling dah 3hari jagakan arjuna, minggu ni sampaikan kerja sayang tergendala. Darling harap sayang faham situasi kerja darling kt office ni, dan terima kasih jgk sayang ringan tulang hendak menolong hal berkaitan rumah selama ni.


Malam tadi Aryan bangun nangis. Aku masih mamai mata berat nak bukak, tpi gagahkn juga sbb dari pagi badannya panas. Entah mengapa aku tidak tahu nangisnya mcm tidak dapat aku baca, macam- macam persoalan aku tanyakan, nak makan, sakit kaki, sakit perot, sakit mata dah semuanya digiling kepala. urmm salah satu soalan aku menanyakan hendak kencing ke?? dianggukkn kepala..hahaa aii anak bongsu aku sorang tu, nk tergelak pon ada. Aku dukung turun bawah temanknnya kencing, naik atas bagi ubat batuk, ubat demam. Mintak- mintak hari ini kebah demamnya kesian EnDaddy tidak kerja sudah berapa hari.
Bahagianya bila tengok anak anak-anak sudah besar. Petah bercakap, pandai merajuk, pandai bawa diri. Salah satu kegembiraan hati emak.


Semalam entah kenapa rindu ma. Borak punya borak aku cakap 'ma i love you ma' ma cepat-cepat cakap 'love you to' pertama kali aku ckp macm tu. Tak terasa malu pon cuma msti org tua tu pelik tetiba je kan, buang tebiat ka atau buang habitat. hihiii.




Sambutan Hari kelahiran dari anak-anak dan keluarga terdekat buat ma yang ke 59tahun.

Dan sambutan hari ibu ahad lepas masa sportDay sekolah Arjuna aku dapat dua kumtum mawar merah dari Arjuna, teruja jadi seorang emak.

Kan aku cakap siapa-siapa yang jadi emak, mommy, ibu, mama, umi, ma, bonda atau panggilan-panggilan lain  Insyaallah anda akan rasa bahagia memiliki zuriat dari darah daging atau pon sebaliknya. Panggilan-panggilan tersebut digambarkan anda seorang yang terpenting dalam hidupnya, percayalah nescaya satu hari nnti anda akan disayangi, dihormati, diberikeutamaan dalam setiap perkara. Insyaallah perbanyakkn doa untuk anak-anak, doa seorang ibukan dimakbulkan Allah. Aku berharap arjuna mcm aku curahkan kasih sayang pada ma aku sekarang ni, Insyaallah.



My Arjuna. Oh kedua duanya lelaki, Anak mak yang manja.


Nota Kaki: sejak akhir ini arjuna selalu cakap 

'mommy, baby sayang mommy'

'mommy, Abam sayang mommy jugak'. 

Mommy sayang kalian, iaitu separuh dari nyawa mommy.

 

Salam Sayang, Hargai anak anda semasa mereka masih kecil.

Assalamualaikum.









Read More...
Tutup Lagu