Tuesday 12 May 2015

Sabtu, Ahad-SportDay= FreserHill.


Assalamualaikum semua.


Kamu semua sihat ke?? hari ni makcik rasa nk lompat bintang atas katil. Sbb boipren makcik  kiss pipi pagi-pagi, hahahaa klo lah dpt kiss free hari-hari kan best waalaah.. Hari ni pandu kereta senyum sorang-sorang rasa bahagia itu milik makcik wahhh gitu kuci kuci kuci..kahkahkahkah.. 


Ok kita cerita sabtu minggu lalu. Kami bangun pagi wangi-wangi gerak ke stadium millenium Kuala Kubu Baru ada sportDay office Endaddy. Meriah!!Abg Yern dah pandai bawak diri. Haaaa! yang si bongsu ni tak habis-habis korek pasir, riuh bwh khemah aku bebel sempat jgk kene jerling dgn org sebelah hahaha, dah cepuk sebijik dua.*nangis* main pasir mcm xpernah jumpa ngeeee!!.


Biar gambar berbicara muahahaha.



Endaddy jadi marshall jogathon 1tnb. Gambar dari fail Fb.


Arjuna ambil bahagian pertandingan mewarna.


Hasil kerja abg Yern.


Ni si bongsu, tgk gaya tu penting haha.


Hasil colouring Abang Yern yang bawah sekali, mommy suruh tulis perkataan tu ingat boleh menangla kan hahaha.
tak ada rezeki abg next time kita msk competition lagi yea.


Aktiviti jogathon sejauh 2kilometer keliling tasik, Aku tak joint pon buat club borak bawah khemah dengan para isteri staff.



Dapat la bwk balik dapur masak yang satu tungku tu, Pakai spray gas. Hasil menang cabutan bertuan Endaddy. Nnti boleh bawak  pergi holiday main masak-masak wahahaa.


Ralit berlari, main buih sabun Endaddy ckp. 'Balik ni kita ke Fraser Hill'. Wahh 'Fraser Hill' hiipp hippp hooreeyy..


Masa perjalanan dari Kuala Kubu Baru ke puncak Fraser Hill makan masa hanya 1jam setengah saja. Jalan pusing pusing sampaikan Abg Yern muntah hijau, pening katanya. Bukan dia aja yang mabuk aku pon hampir nak muak muak..


Dah sampai puncak dgn jaya penuh dgn rintangan.



Rupanya bnyak tempat menarik boleh dilawati disini.Mati matian aku sangkakan tmpat membonsankan.


Selepas makan, Jalan-jalan  menikmati suhu boleh dikatakan sejuk dingin gitu- 21'c.



Aryan tido dalam kereta masa ni.


Sempat singgah ke kedai cenderahati.

Aku beli semua, hahaha tamak.Tidaklah.


Ini je pon dan 4helai baju ,sorang satu :) puple


Setelah Cuci poket Endaddy hampir licin hahaha. Lepas tu kita ke kelab golf pooyooo club, huahahaha.ala bayar 8ringgit je untuk satu jam. Adala dalam 5 lubang dengan litarnya sekali tu.


Aryan testing main golf.

Abg Yern pulak.


Kawasan sini ada playgorund, ada deretan kedai makan kira tempat santai.Yang pasti Frease Hill tidak akan men' sunburnkn kulit. Panas dingin gitu, filling oversea gitu hahaha.


The Paddock.


Dalam ni ada aktiviti memanah, menyumpit dan menunggang kuda.





Kos memanah hanyalah Rm8.00 untuk satu orang dan tunggang kuda Rm10.00 untuk 2org penunggang(share). 


Cik Kuda, berumur 15tahun beso weyy. Pada mulanya aku tidak berapa ada keyakinan haha, setelah dibawa oleh pekerja, yakin sikit lah kan.  Terima kasih yea diatas perkidmatan anda haha.




Next location.


Ke tasik Freser Hill.



Bgi ikan makan dalam tasik. Melentum air sampai ke muka aku. Ikan berebut makan, ikan sebesar anak gajah :P


Aktiviti kt tasik ni. Bole bgi ikan makan, naik kereta terapung kayuh atas air tu(gmbr takdak, tak naik sbb arjuna tidak capat ketinggian minimum) dan msk dalam bola gergasi dilepskan dalam tasik, ala mcm kt tasik titwangsa tu apa benda tah namanya hahaa.
Sebelum balik sempat jgk la pusing-pusing, jalan-jalan.Pose, pose.



Santai sambil menikmati udara sejuk, nyaman dan tenang


And the best picture in my memory is..jeng jeng jeng (bunyi drum) 


>


>

My beloved hubby. Teman gaduh, teman tidur, teman makan tidak lupa teman istimewa boipren saya sehingga selamaya Insya-Allah. Terima kasih bawa darling dan Arjuna jalan-jalan.(Abaikan baju kami yang tidak berapa segak tu,  harap maklum pulang dri bersukan pecut naik puncak freser)


 Dan pada siapa ingin berkunjung tmpat ini untuk pertama kalinya, sila ke Puncak in( kaunter pertanyaan) untuk mengambil peta terlebih dahulu. Kotlah sesat barat sbb kawasan ini besar, luas dan tempat-tempat yang menarik tidak berada dikawasan yang terdekat@berhampiran. 

kami turun tepat jam 4petang, Tidak bermalam pon.


Agenda Ahad. 
Ke SportDay tadika Arjuna.


Bertemakan Unggu@ puple. Aku dan Endaddy berbaju unggu Fraser Hill, berkasut sukan unggu semangat sungguh.


Arjuna.



Aryan berada depan sekali. Aku perhatikan dia bt persembahan joget sana joget sini, berair mata mak tgk anak-anak sudah besar. Sehingga ada sorang ibu salah satu dri pelajar, gosok-gosok belakang aku ckp' happykn tgk anak-anak sendiri dah besar', Dan situ jgk la air mata aku berderai makin laju hahaa touching laa.. tak terucap dgn kata-kata, Hati mak.


independent bila mommy xda, sempat aku jeling mereka berkongsi air. Nangis! 



Sempat lagi bt gaya otomen :)


Totally. SportDay thn ini sangat hambar. Gabungan 7 cawangan tadika dibuat didewan yang tidak berapa selesa(kecik) sesak  ibu bapa, kaum keluarga yang datang untuk bagi semangat pada anak masing-masing. Harap thn depan SportDay tidak mcm tahun ini, kesian ibu bapa datang sampai Perak nun.





Sekian, Terima Kasih membaca.

Nota kaki:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS: 42: 42-43)

Maka itu,Bersabar atas kezaliman yang menimpa.Maafkanlah kezaliman tersebutSerahkan semuanya kepada Allah…Jangan mencuba untuk melupakan tapi cubalah untuk tidak mengingatnya.Yakinlah bahwa kezaliman yang kita terima adalah pemberian yang terbaik dari Allah.Yakinlah bahwa Allah menyayangi kita melalui penderitaan dan sakit hati sebagi ujian bagi kita.


 Aku doakan para sahabat aku diampunkan dosa dari Allah, diberikan jalan yang benar, jalan yang lurus dan kehidupan yang lebih bahagia bersama  keluarga. Ingat Allah, Ingat agama, Ingat ibu bapa yang hidup apatah lagi yang telah meninggal dunia, ingat keluarga yang paling penting anak-anak. Hidup didunia hanyalah mimpi dan kehidupan diakhirat kelak itu pasti. 

Tiada kata-kata sebagai seorang kawan hanyalah beroda, berdoa dan terus berdoa.


Read More...
Tutup Lagu