Friday 8 May 2015

Mari Membaca.

Assalamualaikum.

Malam tadi tetiba Abg yern nak belajar membaca dengan Endaddy. Mungkin aku mengajarnya telampau beremosi .Itulah aku hahaha..EnDaddy ajar mmg lembut gemalai hihii ,fasal tu mungkin.

Perkataan contohnya CA,CI,CU atau huruf yang berlainan tpi gabungan AEIOU tu dia hafal, pabila ditanya ayat contohnya SA.YA,MA.KAN, dia tidak kenal atau senang cerita dia hanya ingt barisan atas sahaja. Bila susunan jadi ayat dia terpingga pingga.. Bagaimana emak tidak terjerik terpekik terlolong. Dan buku membaca baru siri 2, adalg 2siri untuk habiskan progrem membaca. Malah kini sudah bulan 5, hampir tengah tahun. Tahun depan dah darjah satu..waaaaaaa!!! Endaddy i need your help!!! huuu.. 


Bila lulus satu muka surat, aku atau cikgu(membaca disekolah) akan tulis tarikh, dan abg Yern dpt beralih ke muka surat lain pula, so aku cek tarikh cikgunya mengajarnya 2hari 1kali?? urumm. Maka tugasan itu diambil alih oleh aku, dengan itu aku harus serius dalam mengajarnya dirumah. Aku paham bukan seratus peratus dibahu cikgu. Cikgu hanya akan mengambil alih tugasan tersebut pada waktu sekolah sahaja, Maka sememangnya aku kena lantang bersuara dan tegas bila mengajarnya dengan niat Abg Yern boleh melangkah ke muka surat seterusnya.

Abang Ryan.

Dan semalam aku belikan plastasin. 

Tangan comel Aryan.




Nota kaki:
seorang kanak-kanak tidak sama tumbesaran dengan kanak-kanak sebayanya.


Read More...

Thursday 7 May 2015

Hari Istimewa.

Assalamualaikum...


Entry khas untuk seorang insan yang teristimewa dalam hidup saya.


Selamat UlangTahun Kelahiran buat ma saya.


Hajjah Siti Zahrah Bt Yacob
yang ke- 59 tahun
 7 MAY 2015

Adik beradik saya. Ma yang berbaju coklat hitam (duduk dihadapan) gambar single tak ada.


Semoga ma dipanjangkn umur, dimurahkn rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian. Sayang ma saya sehingga kehujung nyawa.


Terima kasih membesarkan saya, didik saya, memberikan susu ibu untuk saya. Walaupun saya punyai keluarga ma ttp berada dalam hati saya selamanya.



Ma, role models  saya banyak saya belajar dari ma untk jadi seorang yang sangat kuat sehingga kini.


Terima kasih.


Nota Kaki : lately ni aku asik beremosi jer..haiishh pergi jauh jauh, benci! nnti aku tua dri usia :p
Read More...

Lapar-???- senang, mudah, cepat,dan kenyang.



Assalamualaikum..


Balik kerja semalam bukak gerobok makanan terjumpa ni.



>


>



>


>


>



>


Dikala kawan-kawan sekolah aku menjaga kesihatan, makan makanan berkhasiat dan aku terjebak dengan menu simple ni hahahaaa!!..alah sekali sekala apa salahnya hihiii..tpi kalau dah pekena mesti nak berkali kali wahhaha.


mari rapat rapat aku tunjukan cara-caranya yang sangat simple tpi sedap, lazat.

>


>


>


Koyakkan kesemua plastik, dan mskkan kedalam satu mangkuk khas. Seperti gambar dibawah yea. :P



mcm ini,


Seterusnya letak air panas, dan msukkn dalam microwave.


>

>

>

set time ikut kehendak masing-masing,tapi aku suka mee simple ni rasanya tidak lah kembang.


siap..ok boleh makan, eh eh sebelm tu bacakan doa mkn sebelum mencekek yea :P



nota kaki : Menu simpe tpi sedap, disyorkan mengikut cara-cara seperti diatas dan menggunakan bahan-bahan yang sama, TAPI kan, Mamee chef perisa laksa kari ni mmg umppp sedap btl.




Read More...

Tuesday 5 May 2015

Manfaat Cuti.

Assalamualaikum.


Jumaat, Sabtu relaks kt rmh. Makan tidur, kemas rmh, memasak, mendobi.

Ahad. Awal pagi kami dah bangun bersiap siap ke Melaka Bandaraya Bersejarah, salah satu negeri kegemaran aku.kenapa?? pada aku negeri penuh dengan sejarah, negeri yang bersih, negeri yang banyak tempat-tempat yang menarik(pantai, hotel-hotel mampu disewa). Tenang!


Sebenarnya aku dan Endaddy pasangan yang cintakan laut, dan gemar melayan arjuna mandi kolam renang. Disebabkan itu kami akan menyewa hotel yang menghadap laut dan ada kolam renang. Itu pasti!!.


Sudah perot diisi nasi segala mcm makan. Dalam pukol 1.15tengah hari kami sampai ke hotel yang aku booking di Agoda.com, Klebang Beach Resort dipilih. Chek in pukol 2.00 jadi kami mundar madir dikawasan hotel snap snap dan snap. 


Depan hotel, kawasan parking.

belakang hotel ada pantai, tapi sayang tak boleh mandi.

Pantai, Belakang hotel.

 nun dihujung sana, 
swimming pool. Dijeling, dilayang kaki sambil lalu oleh arjuna aku.

Famliy Deluxe.

Dari bilik kami, Swimming pool view.

Hotel hanya Rm188.00, termaksud sarapan pagi 3org. Kanak-kanak 4tahun ke atas Rm12.00 tpi ,Aryan bru 3thn6bulan free. Makan saja janji sdp!! mmg sedap btl haha.


Sebelah petang kami anak beranak terjun swimming pool. Aksi kuat lentang, aksi itik lemas haha, Happy layan arjuna. Aku kasi 9.5bintang dari 10 bintang untuk hotel ini, kebersihan ok, keselesaan pon ok, staff mesra pelanggan.Okla harga pon mampu disewa hihiii.


Sebelah malam, rancangan EnDaddy semua tergendala haha, hendak naik menara Taming Sari tidak kesampaian, apatah lgi mau makan ikan bakar kt Muara. Ramai bebenor manusia yelahkn cuti panjang ni masing-masing org bawak famliy beriadah, bercuti bersama kanss.


Pagi Isnin, selepas sarapan sampai full tank di hotel kami gerak balik Selangor untuk elak jem.




Oh ya! terima kasih pada sahabat sekolah saya Rara sbb kaci ole ole dari Cameron.


FM, bertambah koleksi saya.

Semoga murah rezeki awak, terima kasih :)


belanja satu keping gambar poyo :P.


Terima Kasih sudi membaca.


Nota kaki : Daku dah pandai book hotel kt Agoda, habis la lepas ni EnDaddy melayan kerenah bini kesayangan dia sorang ni hahaa.. 






Read More...
Tutup Lagu