Saturday 14 March 2015

Aku

Asslamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala hari.

Sejak kebelakangan ini aku asik makan makan makan saja. Alhamdulillah rezeki boleh lagi menikmati kelazatan makanan.. Tpi kalo sudah makan tidak terjaga penyakit pula yang datang.   Oh!! jangan.....


Sibuk-sibuk tengok kawan sekolah post gambar melalui aplikasi wasap, mula la aku yang paling teruja lebih mengodek nak-nak gambar makanan hihii. Tu yang perot aku tidak tahan terus lapar automatik. Maka aku membedal nasi 3pinggan berulam, budu, dan ikan bakar Done! sehinggakan kawan aku terkejut memberikan emoji terkejut haahaha.


Siapa kata aku kurus??? berat asal aku 55kg, kini tidak lagi sehingga aku lost untuk kembali diet seperti sediakala, tidak tahu kenapa. 'Adakah aku berisi'?? mungkin jgk sebab kedatangan bulan belum lg, dari hari ke hari aku sambut tidak jgk kunjung tiba hahahaa. Atau disebabakn hormon berubah?? yelah sejak berusia 30thn ni aku tidak selincah sewaktu aku berumur 20than lalu. 


Maka aku terpedaya dengan salah sorang kawan grop wasap mem'promote'kn utk aku beli ini 


Gurdian Rm28.90, 2botol.



KHASIAT BAWANG PUTIH 
1. Menggelakkan pertumbuhan sel kanser.
2. Melambatkan proses penuaan.
3. Menurunkan kadar kolestrol dan meredakan stess.
4. Menghilangkan tekanan darah tinggi.
5. Meningkatkan insulin darah bagi penghidap Diabetes.
6. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
7. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit.
8. Menjaga stamina tubuh badan manusia.
9. Merawat angin,gastrik, astma, batuk dan selsema.
10. Mengatasi dan melegakan sengugut.
11.  Mengubati luka.
12. Mengandungi vitamin A, B, C, potassium dan kalsium.

Sumber: Khasiat Bawang Putih Dalam Perubatan Tradisional - Fuh.My 








Cntik tak kad ni?? HandmadbySyasya[biras aku] aku suka hasil kerja dia, tapi kad ini bt aku lupa hendak kasi kat tuan punya badan [HannyHussin] setelah majlis perkahwinannya berlalu baru aku teringat, aku ada menempah kad untknya. Majlis perkahwinanya berlangsung pada 15/2 [tidak silap], dan tika tu aku diLangkawi hahaha... Adeh! faktor umur banyak benda boleh lupa..


Nota Kaki; Sebernya aku frust, dah lama aku menaip satu entry khas bt Arjuna, Tapi desebabkn pandrive rosak dan CPu komputer kt rmh aku tu wwengwengweng, tak ada gambar untk dijadikan kenangan. so aku simpan dulu kt draf. isnin la aku publish kalo ada gambar.[ beginilah kalo tidak pernah nk cuci gambar ank-anak sejak lahir] 



Jumpa lagi taaaataa..




Read More...

Wednesday 11 March 2015

Coklat dan Snak


Asslamualaikum, Hi Selamat hari selasa.


Mood laut belum hilang lagi, baca tajuk  pon msti faham kan?hihii.

Hari ni siapkan Arjuna mcm biasa, cuma Aryan mendahului AbgYen, bgn awl siap berunifom wangi-wangi bersedia ke sekolah, Manakala AbgYern masih lagi dibuai mimpi diulit mimpi haipp!! budak ini. apa aku harus aku buat eh? disuruh tidur awl pon msh lgi bgn lambat, jika tidur lewat lagi dan lgi bangun lambat, mcm mana thn hadapan??? darjah satu nnti?? pening aku mikir? atau aku kene berhnti kerja?? atau aku yang patut cari kerja lain? eh eh kesitu pulak.


Tajuk coklat, siapa la tidak suka akan coklat? aku yang tua pon sangat gemar btl. entry hari tu ada aku cita psl coklat kan, maka coklat tersebut hampir surut. Satu keluarga suka coklat. Bapak, mak, lagi lagi anak. wahahaa. Memangnya btl arah tujuan ke Langkawi tempoh hari btl-btl bertujuan borong coklat tercapai.


Sebernya aku dah pernah rasa masa aku staff  diMincosult satu ketika dulu, Senior Drafter iaitu panggilan manja Kak Jah pernah bagi aku rasa. Dan last aku rasa kenikmatan snak ini dalam 2minggu sebelum aku ke Langkawi, Jdi aku mmg berniat ingin membeli borong snak ni. hehehee.


Puas hati aku, Arjuna dan En daddy kurang gemar mgkin snak ni keras, tpi dilidah aku ia mcm rangup-rangup manis didalam nya ada kacang panggang. Ada jenis perisa green tea, di Langkawi aku cari tak jmpa perisa green tea ni.


[Sumbar En Google] 


Ini isinya walawweehh!! [sumbar Puan Google]

mmg susah mau ketemumu



Yang ni aku borong, dengan plastik biru tu. [Sumbar Pakcik Google] 
dan isi nya pula 



[Lazat, Sumbar nenek Google]



Ni semua perisa  [sumbar Adik Google]




Kalo ada jodoh kita jumpa lagi, selagi aku tidak jejak kaki ke AirPort mmg tidak jumpa akan snak kegemaran aku ni, mmg payah nak ketemu lebih-lebih lagi yang green tea. 

Oleh kerana bekalan coklat sudah hampir surut, tinggal saki baki ja, aku angkut sikit ke office hari ni.



Dah campur-campur, Rezeki harini.



Pagi Coklat,
Petang Coklat,
Malam Coklat,
Tidur Coklat,
Kulit pon Coklat (Sun Burn). 


Nota Kaki : [Bersykur diberikan pinjaman nyawa dari Illahi, Syukur. Sekiranya bkn rezeki aku akur, Rezeki ada dan aku percaya pada Allah yang satu] 
Read More...

Monday 9 March 2015

Percutian ke Langkawi 2015-Part4


Assalamaualikum.


Sambung Entry Percutian ke Langkawi 2015-Part3.


Rasa mcm ada sedikit kemalasan hari ni, kenapa?? sebab aku lesu keletihan, keletihan badan belum dapat rehat secukupnya, keletihan mata bila tgk rumah bagai kapal karam. Baju menimbun dek blm ada masa yang sesuai untk kerja kn secara besar-besaran hahaa..


01-03-2013



Sebenarnya kami tiada arah tujuan, masa staff Tnb serahkan kunci masa kami chek in tu, ada bertanya pd kami 'kendak kemana esk'? Aku tak ada modal, ringan je mulut aku bersapa. 'Entahlah', Pertama kali aku jejak kaki ke sini, mcm tak thu menahu sangt, En daddy pulak ada bgitahu yang dia dtg Langkawi masa tu dia kecik lagi jadi takda apa yang tahu. Lalu staff Tnb ckp ' esk mei la pi naik bot pusing-pusing pulau. pi beras basah. p bgi burung makan, sewa bot Rm30 je. OHH!! cantikklahh bisik hati aku. 'OK kak esk jadi' beriaya ria aku jawab hehee..

Pgi lagi aku bersiap, kemas baju dalam beg. Menyengit kulit panas btl cuaca kt sana, botol eco dari  tupperware 2liter aku isi air masak yang dimasak oleh En daddy malam tadi.



Dalam pukol 9.00pgi datang la sebuah van mask dalam kawasan chelet kami bersama-sama pelancong asing dari mana tah, tidak aku bercakap sepatah, tidak ku pandai slang mat salleh ni, ckp basaha google traslate boleh la hahaa..



Lebih kurang 10mint dari chelet kami jati nya, ingtkn jauh. Dan kami dibawa naik bot dipandu laju best best, seronok sangat.



Terhitang pulek :p


Kami dibwa ke tasik dayang bunting, bentuk bukit tu mcm perempuan mengandung, sebuah tasik sungguh santikk, santikk btl, tak tipu! buktinya kt bwh yea..


pandangan dari atas bukit [lawa]



tapi sebelum sampai ke tasik tu kena jalan dalam 5km kot. 




Kami anak beranak. 









Masa ni dah nak ke destinasi seterusnya 


Hampir satu jam kami pusing keliling tasik lepak lepak , Sempat jgk Ryan mandi tak habis aku laki bini mengusik Abang yern haha.Kan tasik tu kalo perempuan yang tertelan atau mandi tasik tu akan mengadung tu.


Setelah satu jam berakhir kami dibawa ke Pulau Beras Basah, ni satu hal mmg pulau tu bersih dah mcm kt pulau Meldives, Haven! 




Anak- anak mmg susah btl nak bergambar tau..








My Heroes






Mak dgn Bapak terlebioh over!





Last sekali kita bg burung helang makan,Dan tengok keindahan hutan paya bakau, 


Bg helang makan


Belah malam kami hanya bungkus makanan sahaja, En Dady keluar membeli makan, Aryan tidur tidak sedarkan diri keletihan, panas semua campur baur.


2-3-2015

Last day Day kami dibumi Langkawi, Flight pukol 5.00petang manakala chek out chelet pukol 11pg, maka pgi-pagi lagi aku bangun kemas baju msk bagasi. PENOH! . Satu beg pakaian. Satu lagi beg En Daddy beli untuk aku isi coklat weeeiiweeitt.


Lepas bersiap-siap tungu Staff  Tnb untuk diserahkn kunci, Borak punya borak dgn akk tu, tetiba akk tu ckp 'Tahniah lee ang boleh tahan duk lama chelet ni' (Motif??) Hahahaha...

mmg btl chelet tu lama, tpi mmg selesa. Sepanjang aku duduk situ tak de pon sesuatu 'pelik' , klo rasa mcm seriau tu biasa je kan tempat sunyi. 

Kereta disewa menghala ke dataran Helang, dan jgk snap gambar sebagai kenangan. 



Mommy Abg Ryan, Baby Aryan. 









Masing-masing bawak balik kulit hangus.

Dan kami ke Bangunan Haji Ismail borong coklat taadaaa. [ini tujuan sebenarnya] 

Gambar ini ditangkap tika  2mint sampai rumah, tgh asing-asing kan mana yang telah bertuan, mana yang hendak dimkn.


Flight kami selamat mendarat ke Klia2 tepat pukol 6.00ptg, dan kami  ke Erl trasit utk ke Putrajaya Sentral ambik kereta, Terkejuzz paking kt situ Rm10.00 selama 4hari!! 

Adeh! nak habis kan smpai part4 ni tepu aku nk cite macam mana, susunan ayat, fasa kata terkeja keja,  kerja tgh byak ni buat dan tak dan je, janji update blog ni untk kenangan. OK ye jumpa next entry Assalamualaikum.


Yallah permudahkan UrusanKu, Perlancarkan Rezekiku, Bahagiakan la hmbaMu ini, Panjagkan usia, lapangkan dadaKu, Panjgkan usia keluargaKu, serta rakan-rakanku, Aminn. 






Read More...
Tutup Lagu