Friday 6 March 2015

Percutian ke Langkawi 2015- Part3


Assalamaualaikum, Salam Hormat.


Sambung Entry semalam Percutian ke Langkawi 2015-Part2 


Dek kerna malas tahap chippan, so aku tak berapa nak tgkp gambar kawasan chelet tu.



 

chelet, 3bilik semua besar-besar belaka seram jgk mak ni.




Tempat sunyi sepi, lengang tidak berorang lgpun bukan musin cuti sekolahkn, privacy. Bersih, Ada dapur boleh masak, setiap bilik ada aircond, Bbq pon boleh cuma Rm15.00, 4hari 3malam tolak PaySlip hahahaa berbaloiii. 


Letak bagasi kami keluar cari makan lapoo, ke Langkawi En Dddy tetap memilih Kepsi adeh! jauh datang kepsi ttp pilihan ngeee..Perot dah kenyang kami singgah ke kedai tepi-tepi jalan untuk shopping, membeli selipar, nak bawak naik flight, sendat bagasi mak.  


Borong fridge magnet hoh!!!! tak tahan tgk semua cantik-cantik, beli kain batik, beli seluar pantai tu, hehehe tak nak shopping ye hahaha :P tak tahan kot weii wahahaha..


Balik chelet tukar baju than kami ke pantai Cenang tidak jauh dari chelet kami duduk tu, dalam 5mint je. 



Pemandangan cantik, mengilangkan stress. 



Arjuna sibuk bermain pasir, nak-nak Aryan korek pasir jakun, nak mandi laut tak berapa nk berani. Ryan semua boleh mandi laut sampai ke tgh , mujur dady rajin melayan. 



syok oo korek pasir wahahaa..



En daddy




tiba-tiba, terbenti seketika...




Kapal terbang lalu. hahaa



My Arjuna 



Hasil istana pasir dari mak dan Arjuna.



Muhammad Aryan Daries 



Aku dan Dia 



 Kau dan Aku :)  



us :)


Sambung Part yang akan datang , klo entry panjang bebebor ada org tak buat kerja kang. tatata.


Read More...

Thursday 5 March 2015

Percutian ke Langkawi 2015- Part 2



Assalamualaikum, Salam Hormat.

Sambung entry semalam Percutian ke Langkawi 2015-Part 1.


Setelah sampainya diAirport KLIA2.

Kami ke kaunter untuk tagging bagasi, Dan selamat memasuki pesawat tepat jam 10.00pagi.

Sekali lagi teruja Arjuna sukar diucapkan terutama Aryan yang pertama kalinya merasai menaiki pesawat. 



Balai berlepas, sebelum menaiki pesawat.


Aryan Daries, Dalam pesawat Air Asia.
                                               

                                                            Pesawat nak landing.

Gambar Ryan tak ada sebab kami berpecah, Ryan bersama daddy dan Aryan dengan aku. So gambar tak ada. 

   Sempat lgi, walaupun ada staff yang tegur aku ' no take picture please", hahaaha.


                                                     En Daddy, Ryan dtg tmpt aku.


Sesudah sampainya ke AirPort Langkawi, kami angkut bagasi, dan terus sewa kerata dikawasan AirPort jgk, Rm80.00 satu hari, kereta vios. Kiranya murah sebab kami dtg hari kerja bukan cuti umum, ada diskun 50% masa tu,dan klo sebelum diskaun sewa kereta lebih kurang Rm160.00 satu hari. Mahal!! 

Kereta vios sewa dipandu En dady terus pusing-pusing ke jati-jeti, jalan-jalan tgkp gambar.


(Aku tak pasti apa tempat ni hahaha boleh gitu?)




                                                            ( me, and small family :)

Dan kami ke tempat penginapan persisaran Pantai Tengah. Chelet Tnb yang sudah lama En daddy booking. Dalam pada itu riang Arjuna bermain di kawasan chelet. siap berbuaian lagi, Berjongkang- jongkit. Berpeloh-peloh.






Sabung Part 3 pulak eh, nk bt kerja sikit...
aduii, sakit kulit kembali menyerang :( please go away!!!!!!!! 
jumpa esk Insyaallah bye bye.. 
Read More...

Wednesday 4 March 2015

Percutian ke Langkawi 2015- Part 1


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.



Mood hari ni kelaut, bak lautan pulau-pulau diLangkawi haha. Hantar Arjuna mcm biasa cuma hari ni Ryan kelesuan, Aryan bgn awl, malam tadi bantai tidur sampai mandi pon tidak.



27-01-2015



Terkejar- kejar masa, Seawal 3pagi aku siap-siap kemas baju bajan, dan kemas rumah apa yang patut, Dalam terkejar- kejar itu aku dan En daddy lupa tengok tarikh dan tidak terlintas langsung dalam fikiran hendak membelek bording pas yang telah diprintkn tu.



Kami keluar rumah dalam pukol 6.30pg, bersama pakcik aku yang hendak ke tempat kerja, manakala kami ke Putryajaya untuk parking kereta disana.


Sesamapinya ke Putrajaya kami tergesa-gesa menuju ke ERL transit utk ke KLIA2.
punya kelam kabut masa tu trpandang jam hampir pukol 9.20pgi, manakala tiket berlepas pukol 10.00pgi, Mau tak kelam kabut
.


Dengan bagasi bapak gajah diheret, beg disandang lgi. seribu langkah kami melangkah masa tu. pergi ke kaunter daftar tetiba karani kaunter tu bersuara.


'Eh kenapa nama tak da dalam system"?
aku, EN dady- bingung


'En dah silap tarikh ni. hari ni baru 27 haribulan

tiket En esk 28haribulan". (ni tangak bording pas ni- bording pas dihulur)


blupppp!! gugur jantung. hahahahaha!!


 Adeh rasa nak pecah je perot aku ketawa dalam hati hahahahaha!!, muka daddy sudah berubah, mungkin dia rasa malu atau mungkin dia tahan telinga aku perli- peli sbb aku yang mintak maaf, walhal dia yang belikn tiket tu wahahahaaa..Akan aku ingat detik ini sampai bila-bila hihihii. 


Bila mood holiday dah datang bertambah-tambah aku rasakan destinasi rumah aku ke KLIA2 tu amat lah jauh, dan aku diselubungi penat, penat terkejar-kejar, penat tidak cukup tidur. Lalu aku mengoffer untuk check in ke hotel. Hotel mana-mana di Putrajaya ni. Bagi mengelakkan terkejar-kejar masa ada baiknya aku bermalam dihotel saja.



Bincang punya bincang kami memilih Hotel Everly diPutrajaya, belakang Alamanda. Oklah kira kami masih berada dalam kawasan Putrajaya, kira dekat Putrajaya Sentral. Aku terfikir ada bagusnya berlakunya kejadian salah tarikh, mcm En daddy cakap 'dia suruh kita jgn lambat, jgn leka'.Kejadian tu memberikan pengajaran pada aku jugak untuk setiap masa buat semakan sebelum berlepas dan sentiasa berada dalam jadual masa dengan betul.Kalau la tarikh tu betul dan tepat dah semestinya KAMI TERTINGGL FLIGHT!!! Lgi parahhh...









Untuk satu malam tu, harga. Rm230.00 tampa sarapan pagi, kalo sarapan pagi RM3++.00, Rasanya kalau makan kt kedai makan takda la beza mcm tu sekali kan, So kami ambik tampa sarapan pagi.Ada Kolam renang, sempat jgk belah petang kami mandi kolam dah alang-alang tu.





   28-01-2015        




 
Pukol 7.00pagi, check Out.


Sesampainya diPutraya Sentral. En daddy parking ketera, Berlenggang langgang kangkung kami anak beranak menuju ke stesen ERL. Arjuna begitu teruja naik keretapi laju.













 Nnti aku cerita lagi eh, karang terpanjang pulak entry ni. nk buat kerja sat..  Akan bersambung Part 2 dada!! 


Read More...
Tutup Lagu