Friday 13 February 2015

Mencari kekuatan diri

Assalamuaikum.

12/02/2015


Tarikh bermakna buat Rakyat Kelantan.

Selepas Rakyat Kelantan menangis menerima bencana banjir yang terdasyat, dan hari ini perginya orang ulamak teragung, menemui Pencipta. Peginya malam jumaat yang penuh Barokah. 

Al fatihah untuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat,

Serba sedikit tentang beliau.


Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Tahun Lahir: 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:

• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936

• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

• Universiti Deobond, India – 1952.

• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.

• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.


Pekerjaan:

• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.

• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.

• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.


Politik:

• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.

• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.

 –  Bekas Menteri Besar Kelantan.


Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:

•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah

•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.

•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.

•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.

•Dia seorang yang warak dan zuhud.

•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.

•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.


Sesungguhnya aku terutama anak jati Kelantan diperantauan turut merasai kehilagan beliau, Seolah-olah kehilangan satu permata yang amat bernilai.. AL-FATIHAH, salam takziah untuk ahli keluarga dan terutama isteri beliau Tuan Sabariah bt Tuan Ishak semoga tabah menempuhi segala ujian Allah berikan.dan Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan oraang-orang beriman, Amin.



1931-2015

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam ingatan.



Al-fatihah.




Semalam, dengan mata berat, tidak cukup tido disebabkn aku bangun melipat baju yang menimbun pukul 3pg, Gigih aku bangun siapkan Arjuna.Mujur Arjuna bangun tampa aku kejut, mandi dan aku hantar ke sekolah macam biasa. Dapat perkhabaran si pencinta hati ada games football kat Bangsar. Aku ingatkan daddy balik tidak sampai ke tengah malam kiranya petang daddy dah boleh jemput Arjuna ke sekolah, Rupaya tekaan aku meleset, Chait!!

Dengan mata dah mcm panda, badan lesu aku gigih berjalan kaki pergi ke pasar malam diseberang jalan office ni, sebelum balik kerja. berpeluh jugak ketiak dikala berjalan kaki dengan laju sebab aku berkejaran masa untuk ambil Arjuna pula selepas itu. 


Selepas merempuh jem 3lokasi, sampailah aku dihadapan sekolah Arjuna, naik tangga tingkat 1. turun balik sambil berpimpin tangan dgn dua orang hero aku tu, DIsitu aku rasa tenaga aku hampir 30% hilang dikala naik tangga turun tangga, Sesampainya dirumah masing-masing buat perangai, bergaduh, saling ejek-mengejek, usik mengusik. Saat itu la tangisan berlaung laungan kedengaran sambil sesi lari larian. hoh!! aku tensen!! 

Dengan muka kelat, hati sakit, perot lapa, mulut muncung, aku membuka bungkusan nasi kerabu dan makan tampa hirau. itu pun aku tidak kehabisan dikala tekanan perasaan aku macam agak weng-weng kepala aku, sempat jugak aku sebat hanger melibas ala-ala manja campur cedikit geram , aku kasi sorang satu, aku kasi hadiah istimewa. Maka bergemalah tangisan keramat dirumah malam tadi hahaha...kwang kwang kwang..

Fon Pink aku diambil, aduan aku hantarkan kepada wakil rakyat bahagian counselling hahaha, Maaf ye sayang, Darling mmg tidak dapt mengawal emosi, disebab keletihan mata pon mcm berpusing-pusing, Bertambah kemaarahan bila mu tiada sisi sewaktu aku perlukan mu.


Bila badan sudah letih, emosi tidak stabil maka aku tutup lampu terlebih awal, sebelum daddy balik. Dan aku dan aku tidak tebersentuhan pon dengan air, maksudnya aku tidak mandi masih berpakaian lengkap mcm aku keluar pergi kerja pagi tadi hahaha.. opppsss!! 


Dan malam tadi daddy pegang-pegang dahi abang Ryan, katanya abg demam. Aku manegalah dan aku setuju bawak Arjuna ke office hari ini, Ingin bawak Ryan je, tpi biasa diorng mmg tidak bole beranggang, bergaduh mcm mana pon malam tidur berpelukkan. Dan aku angkut semua dtg office hari ini.  Nak je aku suruh daddy ambik cuti, dia pulak ada khrusus kt Shah Alam.


Dalam kereta tadi berulang-ulang aku memesan jgn bergaduh, masing-masing ckp faham. Bila sampai depan office tengok pintu masih lagi tutup, guard pon msih blm sampai, aku ambik kesempatan bawak Arjuna ke Klinik, ambik ubat, dan ke kedai basah beli lauk basah untuk masak esk, jalan ke hedapn sikit aku singgah beli makann untuk Arjuna.


sebaik pintu office bukak serbuan anak-anak aku sebelm staff lain touch in hahaa, kecoh betul, tidak sampai 5jam aku sudah tidak tentu arah, dan aku call bekas pengasuh Arjuna. Kak Ila, supaya mengambil alih tugasan untuk menjaga hero aku tu hahaha, Terima kasih Kak Ila.kerana bersetuju untuk menjaga sebelum daddy jemput tengah hari. 


Kunci kereta ku capai, lalu aku hantarkan Arjuna ke rumah Kak Ila, Abang Ryan ni kannn! memang susah, dia pulak yang tak nak turun dari kereta, aku dukung aku pujuk, tambahan Kak Ila pon pandai memujuk, mujurlah Abg Ryan nak jugak duduk situ. 


Sekarang office aku sunyi lunch hour, dan solat jumaat, eh mkn blm lg ni makan dulu yee


dadaaa..


Nota kaki : Semoga kesabaran aku menebal sampai bila-bila. Chaiyoook chaiiyoookk!!!..
Read More...

Mercun POP

Assalamualaikum, Selamat hari Khamis.



Petang semalam dapat wasap dari si pencinta hati. 


'Nanti ambik arjuna ye, daddy balik lambat ada kerja'- Daddy


'ok' -aku


Selalunya memang rutin enSomi yang menjemput Arjuna,  manakala aku yang siapkan dan hantar ke sekolah setiap pagi . Ok aku tak kisah,  tapi yang jadi kisahnya aku berkejar masa. punch out pukul 6.00ptg. Bila redah jem  dalam 3tempat sampai depan sekolah dalam pukul 6.45petang, Dan sesi mengira ot bermula pukul 6.30petang. Maka yuran bulanan tidak seperti yang sepatutnya dibayarkan. Geli hati aku, wahahaaa.



Semalam lepas jemput Arjuna, aku dengan rela hati lepaskan bermain diluar pagar rumah ,dengan 2kotak mercun pop di tangan.


 Selalunya bila kereta sudah paking dalam pagar, memang aku tidak galakkn Arjuma main diluar, tiada aktiviti luar. Sekali sekala boleh la layankn siapa lagi hendak layankn melainkan aku yang kerjanya memang tiada Ot tiada balik lambat. sorang satu aku berikan mercun pop. Sebelum azan magrib aku mula kerah Arjuna masuk dalam rumah untuk mandi. 








Beli kt speedmark je. 





                                   Abang berbaju Kuning- adik berbaju biru




campak ke simen, campak ke jalan. ada yang kena pijak bila cmapak tak meletop.




Tudiaa, Mercun terselamat. 

                                                       

Abang pemalu susah bergambar, Adik peramah senang bergaul.




siblings 


Weekend, minggu ni membosankan. Sabtu? enSomi kerja, sudah tentu sampai ke petang, Ahad? kayuan basikal pagi-pagi dah gerak dari rumah, Hari ni main bola pulak, adehh memang 100% tenaga aku digunakan untuk melayan kerenah anak-anak, sambil menguruskan rumah. Aku perlu cari makanan atau minuman tambahan untuk tambahkn tenaga, Umur sudah cecah 30series kn, tulang temulang pon mcm dah nk reput huhuu, help help help help me! 

Read More...

Thursday 12 February 2015

Upah

Assalamualikum.



Pagi tadi awal dari biasa, aku berjaya menguruskan masa dengan cermelang, Mudahan kekal sehingga bila-bila


Siapkan Arjuna macam biasa cuma hari ni Arjuna minta diupah setelah awal aku kejutkan. 


Duit seringgit dihulur pada aku.


'Nahh mami, kejap lagi nak beli air boboiBoy'- Ryan

'Baik kalo nak kena mandi siap dulu baru boleh beli', balas aku.


Setelah siap mandi,berunifom sekolah, beg sekolah masing-masing disarungkan. dan kunci kereta aku bagi pada Ryan, biasanya dia saja yang hidupkan enjin kereta, manakala Aryan bukakkn pagar. 


Sesampainya disimpang jalan, aku membelok ke kiri dan pedel brek aku tekan, sampai ke depan kedai runcit. Keluar dari keteta lalu aku bukakkn chiller capai dua botol air, Duit rm5 aku hulur , tergesa-gesa aku keluar dari kedai.




Abang vs Adik 


Katanya nak yang warna hijau, tak silap aku perisa epal hijau, aku beli warna oren. Merenggek jugak Ryan tadi , dipujuk, 'esk kita beli hijau pulak,Kita dah lambat ni', mujur dia hanya angguk kan kepala.. huhhh lega mak.



Cerita pagi tadi, terkejut makcik tetiba dapat wasap dari kawan sekolah rendah dan kawan sekolah menengah. (gila lama aku kenal dia ni) Gambar siapa tah dia touch-up kan ni, hampir aku tidak kenal.Banyak kali dia mintak maaf dari aku, agaknya dia takut aku marah kot hahaha.  Azilawati Ramli  banyak kenangan aku bersama dia dulu-dulu..Nanti aku kasi upah yeea, sebab ko rajin btl touch-upkn aku ni. hahahaa 



tak kenal-tak kenal-tak kenal, hahaha.


ooooooppoocooott terkejut aku, lawa mcm ni sekali, tengok yang sebelum tu tak lawo mana pon hahaaa, Tak ada cari kerja MekLa a,k,a ibu gorjes ni.


 Eh tak sabar nak 28haribulan nak jenjalan cari makangg wiiwiitttt... 




Read More...

Wednesday 11 February 2015

Rezeki

Assalamualaikum, Selamat sejahtera 


Semalam dapat coklat Daim dari Langkawi, Terima kasih hamba Allah yang beri tu Rezeki Allah siapa boleh tahu, Rezeki Allah ada dimana-mana.Rezeki Allah luas, Itu kena percaya!!!


Aku bersyukur kerana aku masih lagi diperlukan disyarikat ni, Walaupun aku sering mengeluh dengan kesesakkan lalu lintas, gaji tidak mencukupi, kerja asyik kena maki dengan pelanggan, kerja berrisiko tinggi ,memegang tunai yang  banyak, menguji ketulinan.Tetapi dengan gaji itu juga aku dapat membayar hutang piutang aku sehingga mencecah 1k setiap bulan, Dengan kesesakkan lalu lintas juga aku dapat menjadi pemandu yang cermelang, berdedikasi, patuh pada arahan jalan raya, Dengan muka ini asyik dimarah dicemuh oleh pelanggan aku belajar sesuatu, sesuatu yang selama ini aku rasa nipis dalam jiwa aku. SABAR., Perasaan sabar jugak aku belajar sabar mendidik anak-anak, melayani kerenah Arjuna.


Kadang kala kita perlu bersyukur apa yang ada. Sesetengah ada yang sudah tamat Univarsiti masih belum punya kerjaya, masih mencari perkejaan. Dan ada yang berkerja luar bidang disebabkn terpaksa, disebabkn tidak memilih masing-masing berkerja tampa rasa segan silu.



Rezeki Allah, apa yang kita buat sesuatu kerjaya atau buat sesuatu dengan penuh ikhlas tanpa balasan Insya-Allah Allah yang membalas setimpal apa yang kita buat bahkan berganda- ganda kita dapat dariNya



Nota tangan : Aku tak sempurna cuma aku kongsi yang mana aku tahu. Jumpa lagi dadaaa....





Read More...

Tuesday 10 February 2015

Par-king

Assamualaikum.


Target hari ini hendak hantar arjuna awal ke sekolah, Tapi harus perbaiki lagi dan harus awal dari tadi, Sekurang-kurangya aku kena keluar rumah seawal 8.00pagi, keluar bersama daddy. Bukan apa tahun depan Ryan sudah darjah satu dan tahun ni sesi untuk 6tahun sudah separuh tahun, manakala hujung tahun sekolahnya ada konvo, Untuk pelajar 6tahun kebanyakkn membuat persembahan dipentas konvo nanti. Dalam pada itu latihan persembahan tersebut dibuat pada perhimpunan pagi, Dan aku menghantarya selalu terlepas perhimpunan pagi.Alammmakk!! 



Pagi tadi uruskan Arjuna macam biasa, Cuma aku ada sedikit geram bila Ryan banyak menggomel sakit badan la, sakit kepala, nak muntah la..adeii adeiii adeiii. Time tu jugak aku rasa macam nak je serang hendap, tapi apakan daya aku harus urut dada sambil-sambil mulut aku duk bising-bising digesa untuk mandi.



Sesampainya dimuka pintu sekolah. perhimpunan pagi baru bermula kira Okla tu dari sebelum ini asal saja aku sampai perhimpunan sudah pon tamat dalam 5mint macam tu. Akan tetapi aku harus perbaiki perbaiki dan baiki lagi masa tidur, dan masa bangun tidur.




Berbalik pada tajuk. Pagi tadi bila sampai depan office,hendak paking kereta tapi tak muat, Terus aku keluar dari pintu kereta aku lihat van paking  kotak hadapan kereta aku melebihi garisan kuning..Kenapa?Mengapa?? aku tak pasti sehingga aku hendak paking belakang van tu pon jadi satu masaalah besar pada aku. yelah,  aku ni bab paking-paking tempat sempit ni memang ada penyakit, penyakit penakut kotlah terlanggar kereta org tidak fasal-fasal cari fasal.So jangan cari fasal dulu.






 Abaikan numbor plat van tu, Mungkin si pemandu tak nampak garisan kuning tu, tak pon pemandu tu tak tahan nk kencing orr berak nak tergesa-sega jadi terpaking macam ni, Bersangka baik baersangka baik. Tapi tadi aku berdetik  jugak dalam hati. 


Tak keruan aku bila kereta daddy terpaking tidak masuk kotak dengan betul, keluar masuk keluar masuk kehulu kelilir aku. Dan aku terjupa sorang pakcik ni dia dealer HI-o yang berada dipaling atas bangunan ni. Aku bersapa.


Aku - 'pakcik sapa punya van ni yea'


Pakcik -' entahlah saya pon takthu knpa ye?


Aku -' macam mana nk paking, van tu dah lebih dari garisan kuning, saya nk msk kereta pon tak boleh.


Pakcik- 'owhh...bagi kunci saya tolong pakingkan. 


(lalu kunci aku berikan)



 Kereta dah msk dalam petak dgn betul. 




tengok-tengok hebat hebat! Apakan daya aku tidak sehebat ini, Namun aku punyai lesen kereta dan boleh memandu kereta pon aku cukup bersyukur. 


Jumpa lagi Assalamualikum.. 




Read More...
Tutup Lagu