Saturday 7 February 2015

For Fun

Assalamualaikum, Jumaat penghulu segala hari.


Petang semalam sedang mencari sesuap nasi dipejabat . Terima wasap dari  si pencinta hati

 

En suami-  'malam ni jom kita pergi fun fair'


aku- OK.



Dalam kereta , dalam perjalanan (lalu hadapan fun fair). 

Sebelum daddy buat pusingan U, Ryan dah mula meronta-ronta mintak daddy berhentikan kereta, agaknya dia ingat daddy tak berhenti kat fun fair tu. hahaha, kalau dah suka tengok lampu, suka main main main, memang teruja melihat apa yang mereka minat. 


Tapi aku kecik-kecik dulu sangat jarang ma aku bawak tempat macam tu sebab kehidupan kami sekeluarga sederhana cukup makan minum pun dah bersyukur.



Daddy sememangnya akan cari tempat letak kereta dibahagian dekat dengan pintu masuk, mungkin kesian kat bini anak-anak dia jalan jauh, yelahkan bininya dah gemok jalan pon dah macam siput ,nak bawak beban lemak-lemak tepu yang berkurun diternak tu hahahaa..






                             Buaian Berlampu, cantik betul dah mcm kt paris hahahaa. 




Keretapi, kegemaran arjuna.




Ni naik buaian berlampu tadi, tak berapa seronok sebb ada penghalang untuk melihat pandangan luar. Muka cuak masing-masing hahaha.



Sebelum balik rumah kami singgah makan malam dikedai tomyam sebelah fun fair.Arjuna independent, Ryan membaca buku, Aryan memberi kucing makan kt bawah kakinya. Masing-masing pandai bawak diri.


Terdengar laungan suara aku memekik bila Aryan ingin sentuh kucing tu, tangan kanan ada keropok ikan, tangan kiri hampir terkena badan kucing terbiar. Orang makan di meja sebelah terjeling jeling kt kami. Perkara biasa bagi aku bila ada anak dua ni. Dulu-dulu masa sebelum kawen malu- malu cakap pun tak berbunyi. Ada anak satu masih lagi boleh control, Anak kedua volume berada ditahap satu, anak tiga, anak keempat?? 

Read More...

Thursday 5 February 2015

AKU






Kalau pintu tertutup dan berkunci boleh bukak,
Kalau pintu hati tertutup, jiwa terkunci macam mana ye??


Assalamualaikum dunia 

Bangunlah semua 
Lihatlah pada diri kita 
Semua serupa 
Damailah manusiaKita bersaudara 

Assalamualaikum dunia 
Assalamualaikum dunia.



Pagi tadi. Punya la dugaan cabaran tidak disangkal. Ryan liat hendak bangun, jarum jam berada di nombor 8, jarum satu lagi berada di nombor 6, maka masa tepat pukul 8.30pagi, waduh waduh...lekas lekas bergerak pantas, Aku bersyukur Allah permudahkan lagi urusan hambanya ini. Walaupun aku sentiasa lambat punch in kt office ni. Bila sudah lambat maka ribut taufan puting beliung kelam kelibut akan menyerang, hahahaa.


Sudahkan Lambat, duhaiiiii anak masa ni jugak la kamu mintak macam-macam, Mahu berbekal roti potong roti kecil-kecil, potong kepala roti dan masuk dalam bekas makanan. Sudahkan lambat bertambah lagi lagi dan lagi lambat, Tidak ku layan mau mood dia hendak ke seklolah hilang entah ke mana, so aku buat lembut-lembut hati jelah..


Sampainya dihadapan Sekolah,


'OK ambil beg masing-masing'


(Ryan sudah pun menyarung beg di belakang badannya.)
(Manakala Aryan masih tercari- cari begnya)
aduhhhh!! aduhh! beg dia tertinggal tertinggal.


'Beg adik tinggal kt rumah la mamy'-Ryan


(Muka Aryan terpingga-pingga sambil mencari beg kt bawah kerusi dalam kereta)silap aku jugak sebab selalunya aku pastikan arjuna menyarung beg sekolah dahulu sebelum keluar dari rumah.


Goyang-goyang mulut aku dok membebel.Sampai ke pintu sekolah cikgu jemput.


'Teacher Beg sekolah aryan tertinggal, nanti ambik baju Ryan bagi adik dia pakai ye' nak patah balik memang tidak la, sudah lambat ni.



'Oh mujur puan bawak 2 pasang baju'


'Ye saya memang bawak 2 pasang baju sehari, cuma drypers ada tak kt sekolah?(Standby)

Ada rasanya- cikgu


Dengan tergasa-gesa aku melangkah keluar tampa salam arjuna aku tu, nak cepat. hahaha.


Dua tiga hari ni, Aku tidak cukup tidur, tidur-tidur ayam jantan ja, Pinggang aku sakit, Malam tadi aku tidur awal tak tahan mata berat, malam sebelumnya aku bangun  pukul 3 pagi melipat baju.
Sewaktu Arjuna tidur barulah boleh beroperasi melipat baju. Hendak buat macam mana bila mata Arjuna masih lagi segar operasi melipat baju tergendala, Aku yang peluh ketiak melipat datang anak-anak meruntuhkan kain yang aku lipat tu.


Mata aku bengkak eye bag, pinggang aku macam nak patah dua, muka aku kusam, kulit aku berminyak, muka aku jerawat, sampai dalam mata timbulnya jerawat.Tumit kaki ku pun pecah, Badan aku tak seharum dahulu. Mungkin sebab faktor usia, mugkin sebab faktor stress, mungkin sebab faktor persekitaran, mugkin sebab sebab tidak mengambil jamu, suplement macam dulu-dulu, Aku makin malas buat benda-benda yang aku rasa tidak berfaedah untuk diri aku. Ternyata salah salah salah salah sama sekali. Hahahaa 

Jumpa lagi, Waalaikumussalam duniaaaa






                      
Blanja satu keping gambar, rasa kosong bila tampa gambar ni







Read More...

Perasaan

Assalamualikum.


AWAS ENTRY INI SI PENULIS BERJIWA KACAU.


CINTA

Mana CINTA? hilang dibawa arus 
 tidak pasti hanyut dimana.
Tahkn jumpa entahkn tidak.


KASIH SAYANG

KASIH dan SAYANG? tiada erti.
KASIH bagai lenyap dan SAYANG hilang dijiwa.


HATI

Jauh HATI. Jauh berjuta -juta batu jaunya, dikejar tidak dapat 
dipegang lalu jatuh bak kaca terhempas ke lantai.
Hancur berkecai, berderai.
dicantum tidak cantik,dibuang rasa sayang.




JIWA

JIWA? tidak berjiwa.
JIWA kosong, kosong
Tiada kata-kata manis, 
Tiada ucapan.
Tiada gurauan
KOSONG.


BENCI

Kenapa Perkataan 'BENCI' hadir dibenak jiwa?

kenapa BENCI membuak-buak yang datang?

kenapa perasaan BENCI sukar hilang?

apakah ini petanda dulu dan sekarang tiada perubahan?

BENCI,BENCI seumur hidup. 

Allahuakbar! Allah tolong hilangkan perasaan BENCI, perasaan MENYAMPAH.



HILANG


Yang pasti CINTA hilang,
KASIH dan SAYANG tiada erti,
HATI? barderai pedih dicucuk bak sembilu,
JIWA kosong, kosong, kosong.
BENCI, BENCI menguasai segala-galanya.




Nota tangan : Entry ini tiada kaitan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia, hanya ilusi dibenak fikiran.blog aku, aku punya suka.Tak baca pon tak apa okbai. :)







Read More...

Tuesday 3 February 2015

Hari gembira Arjuna


Boleh tak buang perasaan benci tu sikit?

kenapa jadi begini??

Aku sendiri pun masih belum jumpa jawapan.



Assalamualaikum, Salam sayang.


Sabtu, kali ke dua memandu jarak paling terjauh selama memegang lesen memandu. Rasanya tidak la jauh mana kalau yang dah mahir memandu tu, Bagi aku jauh. Selama ni aku hanyalah berpaut pada orang, punyai driver, manakala aku hanyalah penumpang setia ikut perintah driver sahaja.



 Aku memandu dengan bantuan papan tanda jalan raya, gps dan wase wuahahaha, Banyak tak? banyak tak?cuak jugak, seram sejuk, Alhamdulillah dengan selamat mendarat di Puncak Alam jemput adik aku sorang tu, Dan terus ke kampus uitm menjemput kawan adik aku.


Kereta aku pandu pecut ke Klang, Setia City Mall, pusing-pusing makan-makan, sempat sambar lipstik Mac yang dah lama aku teringin ,30series ni baru dapat merasa dengan hasil titik peluh sendiri tampa bantuan orang lain.Biar tidak seberapa pun, Suka! , Dan aku beli kan lego kecik untuk arjuna, Gembira tengak anak-anak senyum sampai ke telinga hehe.



Intai- intai diluar  perkarangan ada padang, Meriah! dengan kaum keluarga kawan-kawan bermain basikal, bermain buih pelbagai aktiviti, Ok kita sewa 2 bekas sabun. Let go play with them.








                                            cedok buih jangan tak cedok.




                                Abang Yern ni susah betoi nk tangkap gambar. 




  







Kalaulah tiap-tiap minggu macam ni kan seronok, bahagia tengok anak-anak. Insyaallah kalau aku ada ada rezeki nanti kita pergi lagi .Ingin mencuba memandu jarak paling jauh sekali, Balik kampung hihihii 8jam tu. Doakn aku berjaya.Okbai

Read More...
Tutup Lagu