Saturday 31 January 2015

Hijab Pin

Assalamualikum.


Kalau cerita tentang hijab pin semua wanita bertudung tahu, pelbagai bentuk pelbagai colour cute cantik, bermacam macam lagi lah.


Aku? suka jenis yang simple tapi cute, ni sebahagian koleksi dari SugabeadsbyQisya 




kerusi queen




zoom dari jarak dekat




                     Empat sekawan, yang lain ada yang dah lost contact haahaha



Aku tak kaya, aku tak punya apa-apa, aku kaya dengan kasih sayang, aku pemurah dengan senyuman, aku milik Allah secara sahnya. Salam Jumaat buat semua, jumpa lagii muuahhh ciked.. 

Read More...

Friday 30 January 2015

Sabun

Assalamualaikum,


Lunch Hour Jumaat lepas, Jalan-jalan ronda bangunan keliling office ada yang aku belum sampai lagi biar pun aku dah 3tahun bekerja disini (nampak sangat malas) hahaha, bukan apa kalo tak ada kerja yang penting atau tidak mencari barang keperluan ,aku hanya duduk dikerusi hadap PC sampai balik hihiii. 


Lalu depan Guardian Store, aku masuk cari syampoo terpandang botol pink katun princess gitu, sebenarnya aku yang berkenan sebab botol ni ada lock kekunci,  bila tak pakai hanya pusing yang bawah tu terus kunci, Boleh jugak la save sampai hujung bulan konon-konon lah. 




Desney Eskulin, Hrga RM19.90

Dan aku saja nak test syampoo untuk aku pulak, Taaaadaaa (style Aryan)



Safi Shayla untuk wanita bertudung ni pon wangi nak habak maiii, harga? aku lupa, kalau nak tahu sila ke Guardian Store berhampiran anda.hahahhaa



Malam tadi menunaikan hajat anak-anak nak ke Tesco , kat sana ada mainan Soopa doopa alaaa yang jumping tu. Malam sebelumnya aku dah lalu jalan tu. Ryan suruh singgah, nak cepat aku bagi alasan duit tak ada, malam tadi aku ajak tampa beritahu nak bawak ke sana,bila sampai  Ryan tanya 'mami dah ada duit ke?, ada mami dah dapat gaji- aku.. Dah besar anak aku bila tanya macam tu, tetiba rasa diri ini semakin tua wahahaha...


Read More...

Thursday 29 January 2015

Semalam

Assalamualaikum.


Balik kerja semalam ronda-ronda pekan koboi, hajat dihati mencari barang boleh dikatakan tidak berapa penting, tapi aku harus ada jugak sebijik hahahaa. Insyaallah kalo ada kerajinan nak singgah Tesco balik kerja hari ni.


Dari jauh ku pandang sebijik moto ditunggang sorang mamat ni, dengan helmet arai fuuyooo hensem siot motonya hahahahaa. Gila sawan dah aku ni pandang-pandang motornya,Tuan punya badan pon macam perasan aku toleh toleh tak beralih pandangan hahaha... Lebih kurang motor macm ni laaa, tapi mamat tu bawak lain sikit, Tapi aku suka yang ini. 




Kawasaki KSR 110

Huh aku sudah jatuh cinta, gila smart rasa kalo dapat tunggang motor ni. (Biar pun rupa tak ade, janji style ada hahaha)

  

Read More...

Wednesday 28 January 2015

Satu Kejadian

Assalamualaikum.


Pagi tadi siapkan Arjuna lambat sikit, Malam tadi arjuna berkepit dengan Ipad sampai pukul 12tengah malam tampa aku sedar.Bunyi suara terkekek-kekek gelakkan dihujung telinga aku, terus bangun melihat jam didinding. Terkejut sungguh dengan TV masih lagi tersiar cerita katun dah macm pukul 12tengah hari gembira si anak-anak, alahai....mana penghuni rumah yang lain???bukan disuruh anak-anak tidur, bukan hendak tutup TV sebelum keluar rumah...iskk iskk, Sudahnya aku jugak yang susah nak kejutkan arjuna,yelahkan dah tidur lambat makanya bangun pun liat jugakla..ok abaikan.

Siapkan baju Arjuna masuk dalam beg sekolah, baju siap digosok gantung, capai tuala mandi aku gegas ke bilik air, selesai mandi aku kejutkan arjuna aku. Terpacak matahari kat luar tingkap, aku intai jam dinding sudah menunjukan 8.00pagi ohh! aku sudah  lambat..Water heater aku siap dipasang (berbunyi) secara automatik arjuna faham masa untuk mandi.Aryan bangun lebih awal maka dia siap tanggalkn baju, dan campak baju dalam bakul baju kotor, Ryan masih lagi dibuai mimpi, mujur jugakla mamat tu bangun walaupun aku perati dia masih lagi mamai.

Disebabkan Ryan siap mandi, aku siapkn pakaikn uniform sekolah untuk dia dulu, dan Aryan masih lagi bermain buih dalam tub mandi dalam bilik air,dalam sibuk aku mengejar masa tetiba pintu bilik air aku tutup dan Aryan masih lagi berada dalam bilik air sambil mengetuk pintu 'mami, mami bukak pintu', aku memusing tombol pintu terkunci,  dari dalam.Aku penik Ryan sibuk membebel 'mami mami bukak la pintu adik nk keluar''macam mana nak bukak pintu kunci ni'-(aku), aku turun bawah cari kunci pendua tak jumpa. 'mami call daddyla nanti daddy balik'- Ryan, aku tangok dia pon dah hampir menangis dengar adiknya dah menangis tak berhenti. Aku capai henfon call daddy.. dua kali aku dail kali ke dua dia angkat. 'hello daddy adik terkunci dalam bilik air,' macam ni ambil duit syling dengan skru driver cungkil celah pintu,-daddy, bisik hati aku tak ku pandai nak menggopel pintu tu ahhh, alatan pon aku tidak tahu kat mana letaknya, baiklah aku ambil 'think short' call 999 bomba wahuahahahaaa...


999 aku tekan, 


Operator - 'hello boleh saya bantu'


aku -"hello anak saya terkunci dalam bilik air'


Operator - sabar ye puan boleh bagi alamat rumah'


aku  - No 49xx urmm jap-jap(penik) capai surat atas meja baca (alamat rumah). Dengan tiba-tiba aku lupa alamat rumah hahahaaahaha..


Operator - ok puan boleh saya tau kunci pendua ada tak?dan saya nak number telefon untuk hubungi


aku - tak ada kunci dah cari, number telefon 012xxxx


Operator - ok saya sudah infom bomba berdekatan, tunggu bomba datang puan



aku- (penik terus letak telefon.)


5 minit kemudian


Daddy balik, 6 minit kemudian bomba sampai bawak kereta bomba, punya degil pintu tu dicungkil pon masih lagi susah hendak bukak,tak kisah pintu bilik air dah hancur janji Aryan selamat.Allahuakbar hati aku gusar, panik.                                   Hampir 10minit bomba cungkil tombol pintu akhirnya tercabut Allahmdullillah Aryan keluar dari bilik air ,mintak aku peluk,mata merah, berhingus, dah longgai agaknya letih terjerit-jerit tadi.




                                                   sumbar google.




                                          Aryan Daries kamu anak manja mak.


Dalam rumah sendiri boleh mengundang bahaya, Apatah lagi diluar rumah.

Read More...

Sayap Terluka





Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Selama ku puja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika


Sayapku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara 
Aku rela menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
(hingga akhir nanti)

Kini terbuktilah cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi


Read More...

Tuesday 27 January 2015

Tanya Sama Diri



Tanya sama hati apa jadi begini, nanti jawab hati sudah jauh hati

Tanya sama jiwa apa jadi begini, nanti jawab jiwa tidak berjiwa

Tanya sama kasih apa jadi begini,nanti jawab kasih sudah putus kasih

Tanya sama cinta apa jadi begini,nanti jawab cinta terlerai sudah

Tanya sama diri apa sudah jadi,nanti jawab diri terasa diri kosong.








                                                   

 


Cek Hati, Services hati, sucikn hati.( bebelan untuk diri sendiri)

                                            Jumpa lagi esok Assalamualaikum

                                              
Read More...
Tutup Lagu